Part Time Bersama 3 Mat Bangla Yang Handsome Kacak Bergaya

Assalamualaikum w.b.t

Korang mesti nak tahu kan aku kerja part time ape ngan mat bangla nie kan. Mesti korang bajet aku keje kontrak, angkut-angkut pasir , ikat bata bangunan , kacau-kacau simen kan? Jikalau korang berfikiran sedemikian, koranglah orang yang paling kejam sekali. Hahaha.

 

Sebenarnya aku kerja kat Pusat Stesen Servis iaitu di Petronas. Bukan kerja sebagai cashier petronas mahupun kerja sebagai tukang cuci tandas petronas atau tukang sapu sampah tetapi kerja sebagai budak pengepam minyak ( takde ke nama spesifik sikit??)

 

Mesti korang pun dah dapat agak kan kerja pam minyak nie kerja camne kan?? Aku duduk tepi  pam minyak tu diam2 sehingga ada kenderaan yang datang isi minyak baru r aku angkat nozel dan sumbat lam tangki minyak kenderaan tersebut.


“Alah kerja camtu je pun , semua orang boleh buat”


Mesti ada yang nak cakap camnie kat aku.

 

Betollah tu. Semua orang boleh buat lah. Makcik, pakcik , nenek, adik semualah boleh buat. Mungkin bos Petronas tersebut amat baik hati lalu mengupah pekerja seperti kami bagi mengisi minyak costumer beliau.

 

Tak hairanlah hari-hari ramai jea orang yang isi minyak kat sane kan sebab nak suh kitorang isi lagi minyak lam kenderaan mereka. Warhahaha.

 

Kat petronas nie ada 3 mat bangla taw. Yang laen sume pekerja Melayu. Takde pekerja Indon atau Nepal ok. Sekarang nie izinkan aku kenalkan kat korang 3 Mat Bangla Hensem tersebut.

 

Mat Bangla pertama – Al- Amin ( Nama dia cukup islamik sesuci dirinya)

Al-Amin merupakan bangla pertama aku kenal. Kebetulan 1st day aku masuk keje kawan dia yang dua orang lagi takde.

Al-Amin jugak bangla yang aku paling rapat, baek , dan sayang.. erk.. Sila abaikan perkataan sayang tue ok.. wahahaha.

Aku bergurau senda bergelak ketawa ngan Al-Amin nie lah berbanding bangla lain.

Al-Amin nie solo lagik. Muda lagik iaitu bangla paling muda kat situ . Dia cakap umur dia sweet 16. Haha. Maksud aku sweet 26. So no wonder la dia pun perangai gila-gila kan. Hohoho.


Mat Bangla Kedua – Rashid ( Musuh aku kat Petronas )

Rashid merupakan bangla yang paling tua kat sana. Mungkin dalam 40-an kot. Paling berlagak dan paling kuat mengumpat jugak.

Aku benci dia tau. Dia memang suke sangat nak cari gaduh ngan aku. Dia suka nak cari salah aku. Dan dia paling tak suke tengok aku duduk senang.

Tapi ape aku nak heran kan. Dia bukan bos aku pun. Berlagak diva betol dia kat sana. Aku agak la bukan aku sorang yang tak suke dia kat sana. Hampir semua orang kat Petronas 2 tak suke dia taw. Kawan-kawan bangla dia pun bukan suka sangat kat dia.

Betol nie. aku pun terkejut gilerr bila Si Saiful ada cakap dia tak suke kat Rashid. Al-Amin pun tak suke dia cakap. Hahaha. Nampak sangat diorang nie amatlah hipokritnya.

Aku paling hot bila pernah suatu hari aku main hanset depan dia boleh dia tengking-tengking aku depan customer.

 

“ Ape nie maen nset. Bos marah . Bos taw. Tu tak nampak ke ada CCTV. Handset tinggal rumah la. Tak payah bawak p keje.”

 

Lebih kurang camnie lah ayat dia. Mane tak hot aku.

Boleh plak lepas kejadian tu dia pasang lagu Bangla dia kuat-kuat dalam handset dia. Ibaratnya Rashid nie macam peribahasa “mengaku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih” la kan.

Actually banyak lagi aku nak cite sal Bangla bangang tahap @#@%%^@   nie tapi apakan daya kan . Bulan-bulan puasa nie tak baik taw kutuk-kutuk orang. #sopan

 

Mat Bangla Ketiga – Saiful Islam ( Bangla paling handsome kot )

Bangla nie plak baru awal bulan Ogos barunie balik sini setelah 2 bulan pulang ke kampung. Dia balik kampung dia pun sebab nak kawin. Dah ada anak pun. Maksud aku isteri dia pregnant dah. Excited tak terkata dia.

Kekadang senyum sensorang pun ada. Haha.

Baik Saiful nie. Dia pandai. Lau aku bertikam lidah ngan dia memang aku je yang kalah. Hahaha. Saje je tu aku nak kasi dia menang.

Aku agak lam 3 orang bangla 2 Saiful r yang paling lama dan paling berpengaruh. Maksud aku ramai costumer kitorang yang kenal ngan dia nie. Otai la katakan.

Ok lagi satu. Suara Si Saiful nie sangap   sangat sedap ok. Dia selalu nyanyi time keje. Haritu suara sumbang aku jea yang melalak kat sana. Masuk si Saiful ni kedengaran suara dia lak yang mendahului carta. Mungkin dia retis yang tak laku kat Bangla kot nie. Hahaha.

Lagu fevret dia aku agak la lagu OH SAIBAAA.

Dia selalu nyanyi lagu OH SAIBAAA nie. Aku plak selalu gak suruh dia nyanyi. Seyes suara dia macam Udit Narayan.

 

p/s : Dalam 3 orang bangla nie, aku ada gambar si Al-Amin je. Boleh plak dia siap bluetooth gambar dia kat aku. Sape nak tengok gambar Al-Amin?? Angkat tangan macam sayeee. . . hehehehe

“Ambiklah fizul gambar kasi simpan buat kenangan” cakap Al-Amin sambil bluetooth gambar dia pakai baju melayu bersama seluar jeans. Hah! motif !

pekerja petronas


Nie AL- AMIN ?? Haha. Jahatnye korang dah tak tau nak beza ke HH  ngan AL-AMIN bangla?? Hahaahaa.. Ni ada mamarazzi yg ambek gambar HH pastu dia upload lam FB.

 

Tengok tu hudoh sepang saya kan? Dah la gelap macam Bangla. Baju plakk besar gedabak. Skema kot. Pakai seluar plak slack licin yang orang pakai p office 2. Hahaha. Aku pun gelak sensorang tgk aku pakai camtu. Habes 2 jea seluar aku.

17 Komen untuk "Part Time Bersama 3 Mat Bangla Yang Handsome Kacak Bergaya"

weyh dlu aku kje kt petronas gak..
sumpah ade bgla yg kepoh.. skt aty aku..

abang manis, kasi no bole?haha...ni petronas mana ni? otw pergi bandar tu ke? ke yg kat batu 6 tu.

deyy, minyak 10 pam 3..hheehe..apsal baju kau besar sangat?? siannyer..amek la saiz S..ape da~

hehe.ok la part time kat petronas.ok x gaji die?

Cara Pantas Setel Masalah!!!

haha, klo ade awek bangla layan x?

aku baru nak wat muke teruja, bapak hensem Al-Amin tu!!! hahaha siot.
oke la tu. mst ade terasa keje kat overseas (bangla) kan? hehehe :p

xlama lagi mesti muka ko dh cam bangla kn.. hehehe.. aku cashier, ari2 mengadap customer dari saentero dunia.. bangla.. indon, vietnnam.. myanmar... hehehe

ensem kemain ckp bangla ..

hahaha.. baju besar..dorang cakap melayu fasih x?

haha.eksaited aku nk knal al-amin tuh wes.haha.

cik gugu : kan kan ?? lau baek 2 memg baek sangat.. lau kepoh lase nak lempang laju2 hahaha



kuya : yup.. yg 2 lah.. pertonas tok jiring nie...


pious : haha.. ngek ko.. xda saiz lah.. dia ingt aku nie bangla ke nak pakai baju besar2 haha...


abe : xok.. gaji ciput.. muke habes hanyus x berbalOii...


akmal : xpernah pun HH nampak awek bgla kat Msia Nie cik oi..


czueka : warhaha.. sampainye hatimu.. kurasakan diri ini begitu kerdil berada ditepi mat bnagla.. haha..

taufiq : ala.. 2 costomerr.. aku kerja ngan dia.. ok..!! haha..


koko : boleyy lah... boleh paham la lau dia cakap malay.. saiful pandai speaking kot..

iza : ok nanti gambar akan menyusul kemudian.. saba ok.. Hhahaha.. nak cepat datg sini n then tanye mane satu al amin.. haha

knape perlu mentionkan eyda disitu?? =____=''

best tak keja kat situ? hehehe


http://bulatmata.blogspot.com/

pengurus salu ckp kt pkerja banglanya(hafiz name dye) nanti just tnye customer nak isi sepuluh ke dua puluh.. hsahhaha betul ta???

Hi therе! Quick quеstion that's totally off topic. Do you know how to make your site mobile friendly? My weblog looks weird when viewing from my apple iphone. I'm trying tο find a
themе or plugin that might be able to resolve thiѕ іssue.

If you havе any suggestions, plеaѕe shaгe.
Wіth thаnkѕ!
Also visit my page cox's bazar

Back To Top