Assalamualaikum w.b.t

Hari tu HH pegi pasar malam kat kampung. Jalan2 kat pasar malam tibe ternampak ada penjual VCD cetak rompak. Bukan 1 gerai, tapi 2 gerai ok. HH pun macam nak singgah lah kan kat gerai 2. Tak ada customer pun sebenarnya kat gerai 2. Kesian plak tengok peniaga VCD cetak rompak nak tarik pembeli.

Kebanyakan VCD cetak rompak yang dia pomot kat HH semuanya HH dah tengok.

“Cait, buatpe beli VCD cetak rompak bagai, pakai download je sekarang lagi berbaloi”

gtaw aku kat peniaga cetak rompak tersebut dengan penuh keberanian. Hahaha. Takde tipu jea. Getus hati kecilku sambil pandang sinis gila kat si penjual 2.

Aku bukan ape, kecian plak tengok si peniaga VCD cetak rompak 2. Pada pendapat aku kalau dia berniaga burger ke, ayam goreng ke, meesup ke adalah lebih berbaloi berbanding jual VCD cetak rompak tersebut.

Sekarang kan dah canggih. Aku pun nak tengok movie pakai download kat internet jea. Lagi cepat lagi jimat dan berbaloi. Oh, dan lagi berkualiti kot berbanding beli VCD cetak rompak yang 2 kali tengok dah tersekat sekat 2. Haha.

Zaman muda-muda hari2 kalau aku pegi jea Pasar Malam 2 memang gerai VCD cetak rompak nie menjadi tumpuan utama. Aku pun selalu gak beli VCD cetak rompak nie 2 3 keping. Hahahaha #kantoi.

Tapi sekarang mana ada dah orang mengemuruni gerai VCD cetak rompak tersebut. Baguslah boleh mengurangkan masalah VCD cetak rompak yang makin berleluasa kan.

VCD cetak rompak tak mendapat sambutan mungkin sebab nie kot

  • Zaman sudah berubah dunia dah maju maka nak tengok movie pakai download kat internet jea pun boleyy.
  • VCD cetak rompak dah mahal kan sekarang. Dah naik harga kan? #berlagaktahujenie. Lau jual RM3 ke sekeping baru r ada gak orang nak beli.LOL.!!
  • VCD cetak rompak nie 2 3 kali tengok dah tersekat sekat nama pun cetak rompak kan. Lau kena yg bernasib malang siket 2, tengok sekali pun dah tersekat. Yang camnie aku lempar jea kat dinding laju2 la kan.
  • Pemantaun dari pihak berkuasa pun boleh menyekat masalah VCD cetak rompak nie dari berleluasa.

P/s : Okbai. Seperti aku telah mengarang entri karangan BM STPM pada entri ini ok. Hahahaha. Sila LIKE dan komen kalau suka karangan BM saya ini ok.