Mesej Jiwang dan Persahabatan yang Best

Assalamualaikum w.b.t

HH nak cakap sal mesej jiwang yang kita pernah dapat daripada sahabat, kekasih, dan seumpamanya. Korang mesti slalu dapat kan mesej jiwang. HH lau dapat, HH akan save mesej tersebut sebab nanti dapat forward kat orang len plak kan. Hihi ( gelak sopan gittew) .

HH gak selalu gigihkan diri untuk menyalin mesej tersebut dalam satu buku nota kecil apabila memory nset penuh. Zaman muda hari tu memang r pakai nset murah tak leh simpan mesej banyak-banyak kan. Bagus kan saya kan kan? *wink3.

So, sampai sekarang pun HH still simpan nota tersebut dan sering guna mesej dalam nota tersebut dan hantar kat kawan. Sweet tak sweet tak ? ( sila muntah hijau ok ).

Antara mesej-mesej sengal yang ada dalam simpanan HH termasuklah :-

  • di saat bulan mengambang burung hantu berkeliaran saat itu pontianak berkeliaran menyanyi merdu pocong dodoikan langsuir di tingkap kat sebelah melambai sambil kate, selamat malam.
  • birth is the start of life,beauty is the art of life, mystery and risk are part of life, but true friends are heart of life.
  • secebis kasih membuatkan kita sayang, seucap janji membuatkan kita percaya, sekecil luka membuatkan kita kecewa tetapi sebuah persahabatan selamanya amat bermakna
  • simple bye make us cry, simple joke make us laugh, simple care make us fall in love, simple touch make us feel better, but I hope my simple Hi make u smile
  • lovely message for a lovely person from lovely friends for a lovely reason at a lovely time on a lovely time on a lovely day a lovely month of August. Happy Friendship day.
  • Friendship is not collection of hearts but its selection of hearts. Most of friends are not true, but true friends are very few. One of them is you.
  • ingin ku kirim berita takut mengganggu, ingin ku kirim senyum takut tak dibalas, ingin ku kirim salam takut hajat tak kesampaian , tapi ku kirim doa agar dikau sihat diwaktu ini.
  • sesaat pertemuan menitik perkenalan , seminit perkenalan menerbit kemesraan , sejam kemesraan mengukuhkan persahabatan , sehari persahabatan selamanya dalam ingatan.
  • bila saya kacau awak saya takut nak kenal awak, bila saya kenal awak saya takut nak sayang awak. dan bila saya sayang awak saya takut nak kehilangan awak.
  • Kalau saya jadik Squidward saya akan buli awak selalu, jika ditakdirkan saya jadi Mr.Crab saya akan kikis semua harta awak, dan bila saya jadi Patrick, saya akan selalu buat awak tension. tapi saya tak nak jadi squidward, Patrick @ Mr.Crab kerana saya nak jadik Spongebob yang selalu setia dan sayang pada sahabatnya.
  • Kekadang akal ini tertanya kenapa ingat awak kenapa kacau awak kenapa mesej awak kenapa rindu awak kemudian wujud degup hati ini menjawab sebab awak kekasih kawan saya.
  • Tanpa sms tak bererti lupa tiada berita tak bermakna menghilang tak berhubung tak bermakna hendak melupakan tapi ia adalah satu peluang agar diri ini sentiasa diingati selamanya.
  • Tiada lagi kedengaran miscol dari sana tiada lagi mesej  yang dihantar tiada lagi ucapan diucapkan dan mungkin diri ini semakin dilupakan.
  • ukhwah itu dihati walau bersendirian pasti ia menemani setiap yag manis mampu dikenangi walau tiada di mata kini ia hadir bila dirindui kerana asasnya ia kekal didasar hati

Ok jelas menonjol kegigihan aku kan duk menaip entri yang panjang berjela nie. Sila LIKE dan komen entri nie tanda kesungguhan HH ok. okbai.

20 Komen untuk "Mesej Jiwang dan Persahabatan yang Best"

time gune 3310 dulu suka simpan msg cmnii

whoa semangat taip sume msg2 tu..wakaka..
ehh ley lak on9?..on kt ne?

saya tak suka main mesejj ~

yeah! bangga dengan kegigihan anda!!! i luv u!

u tamaw forward kat i kewww... kan da bagi no kan kan kan... hahaha

mmg rajin menyimpan dan menaip.

oloh oloh suweet nye dye ! hik3. =)

waah..hh same ngn saya la..dlu2,sy suka sgt salin mesej2 jiwang cmtu kt dlm buku nota kecik..siap tulis dgn pen kaler2 lg..hikhik..:)

sama Cik Mimie pun suka simpan msj2 cmni.. dan ada 1 msj yg jd feberet Cik Mimie..

Kalau 1 hari awk nak menangis, bgtau saya. Saya xjnji nk buat awk trsenyum, tp sy boleh menangis brsama awk; kalau 1 hari awak ada mslh, bgtau saya. Saya xjnji nk bg awak penyelesaiannya, tp awak boleh brkongsi dgn saya; kalau 1 hari awak mahu brjalan prgi, bgtau saya. Saya xjnji utk halang awak prgi, tp saya boleh brjln bersama awk; Kalau 1 hari awak perlukan seseorang utk mndgr cerita awk, bgtau saya. Saya jnji akan ade utk awak. Tapi~ klau 1 hari awak prlukan saya & saya tiada~ mgkin krn saya yg lebih memerlukan awk..

p/s: sori pnjg plak Cik Mimie komen..^_*

nice attitude.simpan lagi msg jiwang.wan dulu selalu la dapat.tapi skang ni kurang,time raya ada le kot. tapi bila dah tukar fon byk kali,dah hilang ke mana msg2 tu semua

huhu biase la tu kann . simpan msgs yg best2 .. bila sampai masa , forward je . lalala ~

warghhh.. lovely betull lahhh.. ajjajaaja.. XD

hahah... muka legend, tapi hati cute gak ko ne ek.. takpe bor.. janji jiwang kan :)

ni entry yang ko suruh aku wat : TGIGI LAIN SAKIT, GIGI LAIN YANG DOKTOR CABUT

mengapakah sy xpenah dpt pun msj2 awop yg pnjg2 itu..=p

mesej yang sangat sengal...jangan harap nak simpan mesej macam ni :D

sob3..aku sedih, satu mesej kt atas ni kau tak pernah antat kt aku pun..sapekah aku di hatimu??

ahaha... ada plak cenggitu.. memang rajin menulis la HH niey. dah ada note, lepas tu buat entry plak tu :D

hehe...sangat tak kuase menyimpannya... :)

wah ni taip balik ke copy paste ni? dulu banyak msj camni..skang dah xde org nak anta lagi.. :(

Back To Top