ENTRI PERASAN : KETAMPANANKU KIAN HILANG WAJAHKU SEMAKIN GELAP



                                          Assalamualaikum w.b.t
Syukur kepada tuhan kerana menganugerahkan rupa paras yang cantik kepada aku. Muka bujur sirih, mata bulat heliza, alis yang mempesonakan, bulu mata yang lentik dan seumpamanya. *Perasan.
Namun begitu, semua ini bukanlah milik kita. Kita hanya meminjam daripada-Nya. Kalau dia nak balik, sekejap jek dia boleh tarik semua 2 daripada kita kan. Nauzubillah. Harap dijauhkan perkara tersebut dari berlaku.
Maka perlu bersyukur dengan setiap pemberian-Nya. Jangan sesekali mengeluh dan tak puas hati seperti contoh ayat dibawah
“ Wah ensem nya ko, knpe aku tak hensem macam ko erk?”
“ kurusnye  aku, dah macam lidi. Aku nak macam ko, ensem, taf, jambu plak 2”
“ kenape kulit aku banyak sangat jerawat, jeragat, parut, tahi lalat.. knpe tak cantik macam ko . licin jek kan”
Aku sendiri pernah menzahirkan perkataan-perkataan di atas. Tipu lah kalau korang cakap korang tak pernah kan. Masing-masing punya kelebihan. Namun, cepat-cepatlah beristigfar kepada Allah S.W.T. Tuhan itu Maha Adil kan. Mungkin Tuhan akan memberikan kita sesuatu yang lebih hebat daripada itu.
Haritu member lama yang dah lama sangat tak jumpe aku tegur camnie
“weyh, ko kenape hitam sangat sekarang? ko masuk askar ae kat sana?”
Terkejut ngan statement dia, aku cepat2 cover cari cermin konon nak tengok muka aku gelap sangat ker? Sebenarnya dah ramai cakap cam2. Aku pun macam nak je cakap camnie
“ ko melawak ae? Sejak bila aku putih macam ko ngek” Hahaha.
Nampaknya sedikit demi sedikit Tuhan telah menarik setiap pemberianNya. Dahulu aku putih, sekarang dah itam dan gelap. Namun di sisi lain, mesti aku jugak yang pikir camnie
“owh, aku kan pegi kelas hari2 jalan kaki tengah panas, mesti r kulit gelap kan”
Terus cari pencuci muka konon nak putihkan balik muka yang hitam 2. kita hanya mampu berusaha namun semua itu terpulang kepada-Nya sama ada mahu mengembalikan kecantikan tersebut atau tidak.

sebelum

  selepas 

        
P/s : Agak islamik ok entri ini. Maaf sekiranya entri ini terdapat kesalahan di mana-mana. Aku bukan arif bab agama. Sebarang teguran amatlah dialu alukan. Sekian.  
Korang rase apekah produk kecantikan yang harus ku pakai sekarang? Alisyah???  Fair &Lovely??? Clean & Clear?????? Safi Rania ??? 


12 komen

p/s : bukan masa ari tu jumpe mmg glp ke hehehe.. adehh ape ssh edit je gambar hehehe.. kalau nak putih tempek bedak bnyk2 hehe.. ;)

haha~ rilek.. jaga la balik muka, kurangkn berjemur n cuci muka semua apa bagai.. InsyaAllah okay balik.

relaxlah kalau sun burn,biaselah lelaki.tak kan nak melepak putih macam perempuan pulak.tapi just try la,byk kot produk kt pasaran.

hh.. lelaki gelap baru macho.. hahaha

letak je muka dalam cloroxx , gerenti putih berseriii ! :) HAHAHHAHAA

td nk tgur gop nape nmpak makin gelap.. hikhik~

hahaha.bersyukur jela dengan setiap pemberianNya, at the same time berusaha la ke arah keindahan dan kekacakkan. gittew~ lalala.

haha ta bole blah je.. ala lelaki ape ade hal, setakat gelap sikit ta hilang jambu tu :P hehehe

sian er..dakpe2..nmpak macho ket..hitam itu langsi~

hitam itu langsi la bro


EmoticonEmoticon