negative thinking

Assalamualaikum w.b.t

Bukan nak cakap kat sesiapa la nie. Just nak tegur diri sendiri sebenarnya. Sebab diri sendiri nie selalu lupa diri pastu sikit. Dahla selagi nak negatif je. Haha. Yes, aku akui aku seringkali berfikiran negatif. Kehidupan seharian aku dipenuhi dengan pemikiran negatif. Negatif camne tu awak?

 

Knape yer dia x balas msj aku? dah tak ingat aku lettew”

 

“knpe dia lambat sangat balas msj aku, dia dah bosan lettew’

 

“knpe skunk dia dah jarang msj aku, jarang col aku, dah lupe aku lettew”

 

“kenape dia x leh datang jumpa aku sedangkan kawan2 diorang yang len boleh jea dia jumpe. Nampak sangat menipu benonya dia.”

 

“ Kenape dia dah tak singgah blog aku lagi kenape knape? nampak sangat dia dah jumpe teman blogger baru n lupe terus kat aku”

 

Ok dah cukup kot. Nak tulis nie sampai 10 entri pun tak habis lagi nie. Ape yang aku nak cakap kat sini satu je iaitu

Berfikiran positif itu adalah lebih baik

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu kita juga memerlukan pemikiran negatif tersebut. Tak payah kot nak explain kat sini. Masing-masing dah besar dah panjang dah gemuk dah omey. Tak lawak ok Apih ! Harhar.

Keburukan berfikiran negatif nie?

  • Seriously, aku benci sangat orang yang berfikiran negatif nie even aku sendiri selalu berfikiran negatif. LOL mu Apih . Kahkah. Ketawakan diri sendiri.
  • Akan meruntuhkan tali persahabatan, percintaan, perkahwinan, dah seumpamanya apabila diamalkan. Sila lempang aku lajulaju kalau fakta aku salah. Aku hanyalah manusia biasa.
  • Mungkin tidak akan disukai oleh rakan-rakan atau sesiape jela yang mengalami situasi tersebut.

Aku tulis nie pun sebab aku sendiri sering mengalami perkara nie. janganlah seperti kata peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Ah, nak cakap kat diri sendiri lagi ah tu . Haha.

 

Jum sama-sama belajar bagaimana cara nak hilangkan pemikiran negatif nie. Korang ingat senang-senang ke korang punya pemikiran negatif tu hilang dibawa angin la kononnya atau tiba-tiba lesap lepas bangun tido. Hah ! Takdenya.

 

P/s : Sedang berusaha untuk mempositifkan diri sendiri dahulu adalah lebih baik berbanding nak positifkan orang lain sedangkan diri sendiri langsung negatif semacam.