Assalamualaikum w.b.t

Aku memang gila ngan komik-komik Cina hasil karya Ma Wing Shing dan Tony Wong. Karya diorang memang best. Komik Pedang setiawan  memang menjadi kegemaran. Selalu tak sabar menunggu keluaran terbaru Pedang Setiawan . Lepas komik 2 keluar, cepat2 cari kat kedai. Berebut ngan abang-abang aku taw sebab nak baca dulu. kih3.

Agak-agak dah 1 rak kot koleksi komik-komik China kat umah. Tu tak campur lagi yang orang pinjam, hilang, rosak dan dihanyutkan banjir#erkk. Cube la korang bayangkan berapa banyak duit kami habis semata-mata mengumpul komik kegemaran tersebut.

Sebijik RM3.00- RM3.50. Kalau dah dari episod pertama sampai akhir?? Fuhh, tak tau ler berapa banyak duit kami melayang. Tapi kata orang, kalau dah hobi semua boleh jadi kan. Hobi punya pasal, duit 2 dah diletakkan no2. Yang pasti hajat di hati tercapai.

Mak pun selalu duk sound kat kitorang. Mak cakap daripada beli buku yang harganya sama ngan 2 kilo gula 2, baik ko beli j gula boleh jugak wat air. Kih3.. Aku senyum jek. Kalau mak aku tahu betapa syoknya baca komik nie, mesti dia takkan cakap camtu punya.


Ni zaman aku kecik-kecik nie memang r harga buku nie RM2.50. Sekarang dah RM3.50 kot. Aku pun tak berapa pasti. Episod lak dah beratus-ratus dah.

Syok gila komik nie. Sinopsis dia pun menarik. Kisah Penjejak Awan dan Penjejak Badai yang sering diancam oleh anasir-anasir jahat dari dunia persilatan dan kuasa jahat pendekar-pendekar Jepun. Adegan percintaan, kekeluargaan , persahabatan , kasih sayang dan seumpamanya pun turut diselitkan dalam komik nie. Lukisan Ma Wing Shing lak tak yah cakap la. Memang terbaik.

Ni plak Dewata Raya karya Tony Wong. Aku suke sangat komik nie weyh. Sampai habis taw aku mengikuti komik nie. Sinopsis komik ni macam lebih kurang sama gak macam Pedang Setiawan cuma dia versi moden la. Ada 2 hero dalam nie iaitu Harimau Hitam dan Naga Merah. Heroin pun ada ok iaitu Pheonix dan Dewi biru kot.

Orang jahat dalam Komik ni lak merupakan makhluk asing iaitu terminator. Nak cerita mengenai komik nie panjang kot. Esok pun tak habis lagi. Tapi aku agak kecewa r sebab Harimau Hitam dan Naga Merah dah jadi musuh lak sebab masing- masing nak tunjuk siapa yang berkuasa.


Ehsan google image

Ni plak wira wira keinderaan karya Tony Wong jugak. Komik ni pun aku ikuti sampai tamat. Komik yang mengisahkan tentang 4 orang jaguh dunia pahlawan yang disegani iaitu Duan Yu, Buluh Hampa, Murong Fu dan Xiao Feng ni plak agak suspens gitteww. Nak tahu lebih lanjut korang leh usha-usha komik nie kat google sana ok. Muehehehehe.

 

Golok Keramat plak pernah didramakan di TV ok. TV8 hari2 aku tengok. Tajuk drama 2 aku tak bape ingat sangatlah. Hero komik nie Zhang Wu Ji yang konon kacak lah. Ramai awek-awek cun terpikat ngan kekacakan Zhang Wu Ji nie. Dia lah r kacak, kehebatan dia plak tiada bandingnya. Selalu kalau dia berlawan, memang dialah yang menang.

Komik nie pun aku layan gak. Tapi separuh jalan pasal cite dia dah mengarut sangat aku dah  x minat. KOmik nie pernah difilemkan pada tahun berapa ntah aku tak ingat. Tak salah aku filem 2 tajuk dia Dragon Tiger  Gate kan.

Komik nie banyak hero. Aku pun tak tersebut ape ntah nama hero-hero dia pasal banyak sangat. Tapi antara hero yang utama ialah Tiger Wong, Dragon LOng dan Wong Siu Long. Setiap episod lam komik nie ada jea pertarungan. 2 yang best tentang komik nie kot. Membuatkan aku pun dah sakit mata nak mengikuti aksi pertarungan dalam komik tersebut. Kih3.

Raja Rimba pun best. Watak Harimau Kumbang dan Timur Waja dalam komik nie aku suka. Diorang kawan baik yang sering menumpaskan kejahatan. Komik nie sarat ngan unsur persahabatan jugak walaupun banyak adegan pertarungan. Tapi lama kelamaan plot komik nie macam dah agak mengarut plak sebab dah keluar watak Syaitan, Malaikat dan seumpamanya. Agal 18PL la plak. Tak sesuai kanak-kanak baca ok.

ok. Dah lenguh aku menaip panjang2. Rasanya entri nie lah entri paling panjang yang pernah aku taip. kalau korang tak nak baca takpe aku tak marah sebab panjang sangat. Aku pun kalau nampak entri panjang camnie aku takkan baca kan pious ? Hahaha. Tibe termention nama Pious . Kih3..

P/s : Dah lama aku x mengikuti komik pedang setiawan. Rasanya x tamat lagi kot. Begitu gak ngan komik2 lain pasal aku xda duit. Biasa abang aku yang bagi duit beli komik-komik 2. Maknanya abang aku pun takde duit sekarang. tapi takpe aku nk try usha-usha komik ni kat google. ok dah jumpe pun sebenarnya. Korang nak usha jugak ke sila tekan link dibawah :-

PEDANG SETIAWAN 

DEWATA RAYA 

WIRA WIRA KEINDERAAN 

RAJA RIMBA

Ok, selamat membaca ye korang semua. Kita jumpa lagi di entri seterusnya pasal skunk nie aku macam selalu berebut laptop ngan adik-adik aku plak. Benci betol. Diorang dah r selalu tutup laptop suke hati jea. Ok aku taknak ngumpat adik aku nanti berdosa.

Okbai.

43 Comments

  1. komik jepun lagi best! :D

    ReplyDelete
  2. novel cinta lg syok
    boleh feeling2..wee~~

    ReplyDelete
  3. hehehe..dewata raya tu apik baca smpai la abes..huhu..

    ReplyDelete
  4. wahhh, DEWATA RAYA..hehe
    tapi sailormoon pun aku layan..wakakaka

    ReplyDelete
  5. "Aku memang gila ngan komik-komik Cina hasil karya Ma Wing Shing dan Tony Wong"

    saye pn mmg gila..gila ngan lagu2 cina jay chou duk nyanyi~
    mwaahahahhaha :p

    p/s: rupanya org jiwang layan komik..igtkn org "warna kuning" lyan novel chentaa jep :p

    ReplyDelete
  6. eh mat lutfi !!
    haha. baru ku perasan rupa2nya mat lutfi itu hafiz hafizol..

    siap nyanyi kat blog haku ;)
    just the way u r ;)

    ReplyDelete
  7. aku layan dewata raya..
    suka dragon long...^^
    tiger wong...^^..
    adk beradik..

    ReplyDelete
  8. aku lagi suka bca manga jepun...walaupun sebuah tue hrga dy rm6.50 tp bes...:P

    ReplyDelete
  9. pjoe....(dah lama kan tak ada komen saya)

    ReplyDelete
  10. Aisyah Aina : Hahaha.. Ye ae? Ala komik Jepun banyak yang hitam putih xda color .. Hahahha :P

    ReplyDelete
  11. Miss : Novel Cinta tak de gambar x leh feel.. Bosan :P.. hahahaha

    ReplyDelete
  12. apik pehe : sama le kite. suke watak kejam harimau hitam.. kah3..

    ReplyDelete
  13. Afsar : Haha. xleh blah. Sailormoon sexy sangat.. X sesuai untuk budak laki.. :P

    ReplyDelete
  14. Raima : haha.. Kalau gurl "org kuning" mesti r layan novel cinta kot.. Lau laki layan komik.. kih3.. :P

    ReplyDelete
  15. Ummu Khaulah : Hahahha.. suke letteww mat lutfi singgah blog dia.. kih3..

    ReplyDelete
  16. Kim heerul :suka pheonix ngan Dewi Biru.. Hahaha.. Pheonix cun ..

    ReplyDelete
  17. keroro : HH suke gak.. Tapi lau dia ada caler tak hitam putih lagik best kan kan .. ahahaha..

    ReplyDelete
  18. Fairosza : HAhaha.. knpe tibe ko makin kurang komen ha?? nama ko dah xda lam senarai pengomen tegar aku.. Menci3..!!!

    ReplyDelete
  19. ala buat2 xpaham plak..orang tgh majuk dgn die lg mau tanya kenapa...
    xde la,sebenanya aku tgh jk (jiwa kacau) skrg ni...fikiran tak tenteram

    ReplyDelete
  20. best ke? xpenah lak rasa nak baca kehkeh

    ReplyDelete
  21. Fai : Hahahah.. majuk ngan aku lak dia.. aku dah mintak maaf kan..

    knpe aku tanye x gtaw pun :(

    ReplyDelete
  22. CIK EPAL : haha.. taw CE layan majalh Ujang je kan?? Hahha.. x pun Apo! haha..

    ReplyDelete
  23. hahahahahaa~ komik2 ni dulu keen baca.. tp skrg xdah.. ^_^

    ReplyDelete
  24. dulu aku selalu gak layan komik ni! bosan2 la kate kan.. haha :D

    ReplyDelete
  25. Nusana Nosa 91 : yela.. HH pun dulu2 jek..

    ReplyDelete
  26. keyri : kih3.. Hobi aku ok.. Tp skunk blogging lak.. Muehehehe..

    ReplyDelete
  27. minat yang sama bro lagi banyak komik

    ReplyDelete
  28. haha.aku pun suka bce gak dewata raya dulu.tapi biasa aku org paling last la dapat bace sebab berebut2 depan baca.siap ikut turn lg.

    semak betol komik2 korang neh.rasa nak bako jer.aku yg penat duk ngemasnye!!

    setkan saja pssword lptop kamu..haha..

    ReplyDelete
  29. Bro ahmad : aik? dah sampai sini?? kih3.. yela bro. bro minat komik ape?? jum tukar2 komik.. kah3..

    ReplyDelete
  30. izaFiza : Hahaha.. minat gak kamu upenya yer.. ingat layan novel2 cinta jek.. kih3...

    nak letak password nampak macam kedekut sangat lak.. kih3..

    ReplyDelete
  31. sume komik2 tu TSM bace.. cume komik wira wira kenderaan tu je xbace..kenderaan?? ehh keinderaan..haha

    ReplyDelete
  32. bro, dewata raya jual x?

    ReplyDelete
  33. bro, dewata raya jual x?

    ReplyDelete
  34. x jual r.. wat koleksi jea. aku dah bagi link 2. ad la jugak komik dewata raya dalam link 2. sory. ehe

    ReplyDelete
  35. memang bagus komik2 hong kong dulu, dulu komik jejak wira dan dendam kesumat yang awal2 sekali diterbitkan kalau tak silap. masa tu harga cuma RM1.80 kemudian semakin tinggi naik RM2, RM2.20..etc)lps tu diikuti dgn pedang setiawan, alam perwira, juara wira, raja rimba, .....dewata raya, pendekar laut, wira tunggal....smpai tak tertulis lagi, hehe.

    ReplyDelete
  36. hehehe,,,, ingtkn mat jiwang x lyn komek lawan2 ni... komek wira tunggal ade x HH ??

    ReplyDelete
  37. memang best pon komik tony wong..
    siap dah de koleksi sndri pon hehe..tiap2 minggu kumpul duit dengan abang beli komik..sgt best..

    ReplyDelete
  38. ada x folower komik senjata misteri kt sni??komik tony wong jgk...komen skett...wa mnat gila ngan komik ni..

    ReplyDelete
  39. ada follower komik senjata misteri dak kt cni????karya tony wong jgk...haku rasa komik ni yg terbaik dr smua komik2 dia...komen skee...wa minat gilaa komik ni...

    ReplyDelete
  40. Boleh jenguk blog saya untuk tempahan komik HK :)

    ReplyDelete
  41. Bro..ade komik lama meh jual kat aku

    ReplyDelete
  42. Admin tumpang iklan, TQ
    UPDATE !!!
    14 OGOS 2017,
    Hai Semua disini ada tempat baru untuk download komik ! Di blog ini dihimpunkan segala jenis KOMIK2 MALAYSIA, HONGKONG,dan JAPAN( TERJEMAHAN MALAY) dari blog2 & website2 lain. Perbezaan blog ini dengan blog lain ialah korang semua boleh download segaligus komik tersebut (Kompilasi). Saya akan update komik dari semasa ke semasa kalau banyak sambutan.TQ.

    ANTARA KOMIK2 YG ADA IALAH KOMIK2 LAGEND SEPERTI :
    ALAM PERWIRA
    RAJA RIMBA
    PEDANG SETIAWAN
    DEWATA RAYA
    JENGKING MERAH
    LINGKARAN TERKUNCIPEDANG SETIAWAN
    PENDEKAR LAUT ALL GENERATIONS
    JENGKING MERAH
    PENDEKAR SAKTI
    UNDER 18 COMPLETE SET
    KIJIYA
    LAWAK KAMPUS
    DAN BANYAK LAGI KOMIK2 LAGEND DAN NOLSTALGIA YG LAIN, JADI JEMPUT DATANG DAN LAYARI BLOG NI YER.

    SEMUA DI ATAS ADALAH COMPLETE SET DARI AWAL SAMPAI TAMAT MELAINKAN KIJIYA DAN LAWAK KAMPUS STILL (ON GOING) ps: dalam proses merembat..


    http://pencurikomikmalaysia.blogspot.kr/

    ReplyDelete