Assalamualaikum w.b.t

Kalau ada orang tanye camnie kat aku

“knpe ko nampak kurus sekarang?????”

pantas aku jawab

“sejak bila aku gemuk bongok”!!!

Baru nie ada  blogger datang komen kat entri cakap aku nie kurus GILER!! Kurus GILER ok!

kurus2

kurus
Tengok si pious & kak maera kate kat aku. Typo giler pious .

Aku memang kurus weyh. Sehinggakan pernah suatu ketika dahulu aku x dapat nak derma darah disebabkan tak cukup berat. So korang pun memang dah dapat agak kan purata berat aku. Betol nie. Bukan alasan aku x nak derma darah sebab x cukup berat. Dah memang aku betol-betol x cukup berat.

Tapi sekarang aku dah berat sikit. Dah boleh derma darah. Cume aku takut jarum lak nak derma darah. Kih3.. larikk..

Aku bukan tak nak gemuk atau tak nak berisi atau tak nak hensem  maintain, dah banyak cara aku pakai siap wat entri tips nak gemuk lagi. Tapi badan aku macam bese gak. Tak naik2 pun macam yang aku nak.

Cume aku tak pernah lagi beli produk kat luar 2 macam weight gain, gain8, dan seumpamanya. Sebabnya:-

  • Aku tak ada duit nak beli produk2 mahal cam2.#shoping ada lak duit
  • Member aku cakap dia dah beli tapi x berkesan.
  • Member aku cakap jugak member dia beli amatlah berkesan. Tapi Jadi gemok debok plak.
  • Aku takut memberi effect kat aku pada masa akan datang. ( konon effect dia lambat la nie )

So, aku telah membuat kesimpulan kecil la aku kurus nie bukan sebab x cukup makan, atau nasik umah aku habis atau aku x suke makan, atau aku minum air jea hari hari.

Tapi mungkin ini faktor genetik, iaitu faktor keturunan. Abang2 aku pun camnie jugak. Tapi lepas jea diorang kawen, diorang terus jadik “berisi” semacam.

So, aku macam dah dapat idea la kan camne cara aku nak gemuk kan.

KAHWIN <—korang yg kurus 2 patot cuba cara nie. Kah3.

P/s : Ada yang pemurah nak dermakan lemak kat aku? Muahahahaha.

____________________________________________________________________________

KORANG KAT LUAR SANA YANG ADA TIPS NAK GEMUK NI SHARING IS CARING R NGAN AKU. SILA SHARE KAT RUANGAN KOMEN DI BAWAH OK. TENS.

____________________________________________________________________________