Assalamualaikum w.b.t

Lelaki dan short pants. Ape pendapat korang????

“Seksi lah lelaki pakai short pants nie”

“suke laki pakai short pants.macho.”

“aku suke. membuatkan pompuan yang tengok kite makin gersang”LOL

‘sexy”

Haritu aku keluar jalan-jalan di Alamanda. Sepanjang perjalanan aku ternampak ramai kaum adam yang memakai short pants dengan menaiki motosikal. Op corse la kalau naik moto dan pakai short pants haruslah menampakkan aurat mereka kan? Haruslah menampakkan lutut dan peha kamu wahai kaum adam sekalian. Ok. Berdosa berdosa di situ yer.

Aku pun ada terpikir juga mereka yang memakai short pants nie kalau dia p jenjalan x susah ke nak semayang? Aku memang la akan berfikiran positif.

“mungkin mereka akan mengenakan kain pelekat yang disediakan surau kalau nak semayang”

Bukankah susah mereka nak solat jikalau memakai short pants? Ok sentiasa positif ke hadapan, kain pelekat disediakan. Tapi bukankah lebih senang apabila mereka menutup aurat mereka dengan sempurna dari rumah lagi kan? Nak sembahyang pun senang kan.

Aku sendiri bukan lah nak kata baik sangat. Tapi aku masih menjaga aurat dengan baik. Ececeh. Haha. Kalau kaum lelaki pandai membahas tentang aurat wanita, aurat anda sendiri juga perlulah dibahaskan terlebih dahulu. Tak gitu?

Pernah suatu ketika dahulu aku n the geng  keluar jalan-jalan dengan menaiki bus. Seorang member aku pakai short pants dan duduk pulak bersebelahan dengan kaum hawa.

Lepas 2 boleh plak dia gtaw aku perempuan 2 duk perhati jea peha dia lama-lama. Yela haruslah terselak peha gebu dia tu kan bila dia duduk. Hai jangan nak salahkan mereka dah kau pakai seluar pendek kan. Aku pun tak tahu la berapa banyak dosa yang dia dapat sepanjang perjalanan 2. Wallahuallam.

___________________________________________________________________________

P/s : Nak pakai short pants boleh asalkan menutup aurat lah wahai lelaki. Iye ke? Ada ae short pants yang sampai bawah betis yang apabila korang duduk x terselak korang punya aurat? Sendiri mau ingat lah.

___________________________________________________________________________

*Boleh plak member aku suruh aku pakai short pants macho katanya. Op corse aku x nak. Malu lah tunjuk bulu keting kat korang kaum hawa. Muahaha.

___________________________________________________________________________

ADA YANG TERASA ??  HAHA.. MAAF YER.. HANYA INI MENYUARAKAN PANDANGAN SHJ

___________________________________________________________________________