Kontes Kenangan Zaman Sekolah

::❤❤❤ThE GaRdEn oF LoVe ❤❤❤::

Assalamualaikum w.b.t

Harinie HH nak juin kontes yang dianjurkan oleh CIK NURUSSALWA setelah dengan beraninya dicabar oleh CIK JAJA. Sila klik banner beliau di atas atau klik nama CIK NURUSSALWA untuk juin kontes beliau. For your information, kontes nie berakhir pada hari ini tepat jam 12 tengah malam okeyh. Tanpa membuang masa lagi, HH memulakan kontes ni dengan lafaz Bismillah. Hehe

Kenangan di sekolah rendah bukanlah satu kenangan yang manis sebenarnya. Boleh dikatakan lebih banyak pahit daripada manis lebih banyak hempedu daripada madu. Lalala. Dalam banyak-banyak darjah, aku nak cite sal pengalaman aku di darjah Enam Maliki iaitu kelas ke-3 terpandai okeyh. Tengok aku bukan pandai sangat pun.

Aku ingin sekali menceritakan tentang guru kelas kami yang mengajar Bahasa Malaysia. Beliau mempunyai kuasa veto di dalam kelas. Beliau mengarah kami semua dan kami hanya berhak mengikut tanpa berani bersuara.

Apa yang menarik tentang beliau???

1. Beliau telah mengajar 2 orang kakakku dan seorang abangku. Maka memang aku dah agak masak dan kenal akan cara beliau mengajar sebab mereka semua selalu duk cerita kat aku.

2. Ekoran daripada keadaan tersebut, beliau sudah dapat mengenali aku sebagai adik kepada Rosnita, Hafizah dan Zulkifli. Wahh, bonus ke ape nie? Adakah lepasnie aku akan dilayan bagai menatang minyak yang penuh?? TIDAK sama sekali.

3. Beliau terkenal dengan sikap garang yang amat dahsyat dalam kalangan pelajar beliau. Serious I tell u. Semua pelajar dalam kelas dah ditampar oleh beliau termasuk aku sendiri. PANGGG!!! Merupakan perkara biasa apabila kami tak menyiapkan kerja kami ataupun kerja kami ada yang tak sempurna.

4. Pernah suatu hari dia mengamuk sakan sebab kitorang melakukan kesalahan dalam membuat karangan. Aku masih ingat member aku iaitu Raja kot nama dia lau x salah telah melakukan kesilapan besar dalam mengarang.

“ Mangsa kemalangan telah tercampak 5 kilometer dari jalan raya” tulis Raja dalam karangan beliau.

Akibat apa yang ditulis Raja, dia dimaki dihamun bagai dan siap terkena penampar free lagi. Amat mengerikan apabila aku membayangkan peristiwa tersebut.

5. Aku sering dipuji oleh beliau. Pasai pa? Sebabnya dia suka akan gaya aku mengarang. Dia suka akan tulisan aku yang tak cakar ayam itu. Dan op corse la dia terpikat akan ketampanan aku( Gila perasan ko ).

6. Karangan aku sering dijadikan contoh dan dibaca di hadapan. Gila aku terharu sangat ngan pengorbanan beliau. Hahaha. Namun sekali aku melakukan kesilapan, time 2 jugakla dia tanpa teragak-agak menampar aku pertama kalinya. oh Cikgu, how dare u! Serious aku geram + nyampah + marah + benci + fade up gila masa dia tampar aku 2. Mahu aku ambik beg dan terus blah dari kelas namun memikirkan mungkin aku akan ditampar sebanyak 10x pada hari berikutnya aku telah membatalkan hasrat murni aku tersebut. Huhu.

7. Dia merupakan guru kelas yang amat prihatin dan bertanggungjawab sehayat aku bergelar pelajar. Kenapa aku berkata begitu? Sebab selepas dia , tiada lagi guru yang berani sentuh muka aku, berani tampar aku, berani koyakkan buku aku dan lempar buku aku dan aku mengutip buku tersebut dengan tersipu.

8. Sikap keprihatinan dan bertanggungjawab biarpun tak penyayang beliau telah melahirkan 3 orang pelajar kelas aku yang mendapat 5A biarpun aku tak dapat dan aku memang tak pernah target akan dapat. Tapi aku tetap berpuas hati kerana aku telah mendapat A dalam subjek BM beliau.

P/s : Untuk pengetahuan para pembaca, ‘beliau’ diatas merupakan Allahyarhamah Cikgu Faizah yang telah telah meninggal sewaktu aku di sekolah menengah. Serious aku bagaikan mendapat tamparan hebat apabila aku mengetahui akan kehilangan beliau. Aku mula terfikirkan ada lagikan guru yang bertanggungjawab dan prihatin seperti beliau di dunia ini?!??!!

-AL Fatihah buat Allahyarhamah-

sophie

kamidanmereka

13 Komen untuk "Kontes Kenangan Zaman Sekolah"

al fatihah.. peh.. buat den terimbau kenangan sekolah.. huhu... lawak ade, sedih ade.. menyampah ade.. huhu

ternyata, ketampanan bukan segalanya, hehe
cikgu tu tampar2 manja je kan. ade kesan ke? keh keh =)

Wah! Hebat cikgu mengamuk gara2 melakukan kesalahan dalam membuat karangan.. Heee. Apa2 pun thanks yer kerana sudi singgah d blog saya. Selamat berkenalan.

peh..terharu aku baca..hmm...aku pn ad gak cikgu yg cmni..tp masih hidup ag,k..hehe..hah..ko ni..aku sebagai bakal guru BM..nk betulkn..mana wujud Bahasa Malaysia !! Bahasa Melayu la..ish ko ni..

huhu..beliau tlh membuatkan aku mdapat 5A dlm UPSR..

http://izahafizah.blogspot.com/2011/04/kontest-kenangan-zaman-sekolah.html

whoopss thanx tag :) i try to join lao sempat ! baru prasan ! gosh T_T
sehari berjalan ta buka blog

pehhh.... cikgi upernye... bagos tol care beliaw mendidik walaupon agak ganas... hahahaa... zaman skang kalo ade cikgu cikgi yg bani2 angkat tangan pade murid, sah2 esok masuk paper x pon kena saman.... wtfish tol parent zaman skang, tol x??

as'salam..
tQ sbb join ye hh,
terharu sy bace kisah ni..
sekarang cikgu yang nak tngn2kan murid ni mmg dh kurang.. risau nanti dia pulak kena tngn ngn parents.
pape pun cikgu grg sentiasa dlm ingtn pelajar2..

neway, tq N good luck.

wah2...goodluck yee..^^

yadz : hehe.. tenkiu sudi baca entri bosan ney. ahaks.

kami : haha.. adaler. kesan sakit di hati.lalala


sis Fiza ; huhu. 2 la. tape 2 tandanya dia syg 2 . haha


izwan : haha. yeke? Asal x gatw awal2? kan dah kene potg markah bahasa haha

iza ; haha. thniah untuk anda.. kih3.. padan muka kene tmpar jugak kat cg nie kan? lala


the lady : haha. gempak gilo. Cg yg x kan ku lupa sampai bila2 nie. haha


sophie ; hehe. tade pe ler.. gudluck kamu..

jari montel : uhuk.. 2 ler. zaman kite jek ada cg yg camnie kan?


salwa : haha.. same same.. bagi markah bonus taw. lalala


amny : heee, tens kamu..

Back To Top