hi_01.2

Wah, ada yang tak kenal pelakon Irma Hasmie?? Beliau kini muncul dengan imej bertudung plakdah. Nampaknya kemunculan artis- atis Malaysia yang bertudung semakin bertambah.

SETIAP mata tertumpu sejenak tatkala susuk tubuh pelakon Irma Hasmie Ibrahim muncul di khalayak dengan imej bertudung litup sewaktu menghadiri majlis Malam Gala Rafflesia dan Mandalay yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini.

"Saya tergerak hati untuk bertudung sejak balik dari menunaikan umrah bersama ibu pada bulan lalu. Niat saya dari awal lagi hanya mahu menjadi seorang insan dan muslim yang lebih baik.

"Alhamdulillah pintu hati saya dibuka oleh-Nya. Balik saja dari Mekah, saya terus menyarung tudung dan sejak itu, kalau hendak keluar, saya akan rasa macam ada benda yang tertinggal jika tidak mengenakan tudung," tutur pelakon berusia 29 tahun itu.

Fulamak, sejuk hati dengar statement Si Irma ni kan. Hehehe. so sweet.

ok3, dengar ni plak!!!!!!!!!!

"Saya tidak spesifik tentang benda-benda seperti itu (bertudung kerana mengerjakan umrah). Niat saya ikhlas tanpa melibatkan sebarang unsur paksaan atau sebagainya. Saya hanya mahu kehidupan yang lebih baik, gembira dan tenang," luahnya lagi.

n last but not least…!!!!

"Saya kini ekstra tenang dan bahagia. Susah untuk saya terangkan bagaimana perasaan itu, namun dalam erti kata lain, saya sangat senang dan gembira," akuinya sambil tersenyum.

P/s : Suke tengok artis- artis Malaysia bertudung. Keep it up oke gurlz.!