PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN JERAWAT






Harini nak kongsikan dengan pembaca mengenai petua tradisional menghilangkan jerawat. Ada tak dalam kalangan anda yang tidak tahu apa itu JERAWAT? Hoi anak buah aku yang umur 4 tahun pun tahu jerawat itu apa okey. -.-

View Image  


Dulu - dulu masa kat kampung aku selalu gigih mencari macam - macam petua tradisional cara nak hilangkan jerawat nie. Yela time tu aku sekolah lagi mane ada duit nak beli pencuci muka dekat kedai kan. Nak buat treatment apatah lagi haha. So, aku telah mengambil jalan mudah dengan mencuba pelbagai petua tradisional menghilangkan jerawat yang aku cari di majalah-majalah yang terdapat dekat rumah aku. Gigih jugak aku ni ye. Antaranya :-



1. Lidah buaya



Lidah buaya a.k.a aloe vera nie amatlah popular untuk mengatasi masalah jerawat. Tahu akan keadaan ini, aku tanpa berlengah - lengah lagi terus tanam lidah buaya ni kat rumah. Sampai hari nie pun pokok lidah buaya ada lagi kat umah dan makin beranak pinak. Biasa aku pakai diwaktu pagi n time nak tidur. Lama kelamaan aku jadi bosan pakai aloe vera nie sebab masalah jerawat aku still  tak hilang. Malah kawan aku cakap lagi teruk ada. ( Maybe kawan aku jeles kot kat aku tue )


View Image


2. Kulit kayu manis


Anda kenal tak kulit kayu manis nie ape kejadahnya? Yang tak tahu tu try tanye mak masing-masing. Kulit Kayu manis nie hebat taw penangan dia. Lepas korang letak kayu manis ni kat muka, muka jadi pedih dan panas bagai. Pastu korang akan rasa ada something yang bergerak - gerak kat jerawat korang. Tapi nak buat ' masker ' nie bukan main lagi kena GIGIH. Sebab aku akan titiskan sedikit air dan asah kayu manis ni . Tak GIGIH ape lagi. JERAWAT punya pasal.!! Best pakai ni sebab kulit jadi tegang jea. Tapi aku dah tak larat nak asah dah. So, petua nia aku tinggalkan camtu jea. By the way, ni jugak bagus untuk menghilangkan parut kata mak aku.

3. Pucuk jambu batu


Oleh kerana depan umah aku banyak pokok jambu batu senang la aku nak try petua nie kan. Setiap pagi aku akan petik pucuk jambu batu dan aku akan gosokkan ke muka dengan air. lepas tu aku akan biarkan sampai kering. Pastu baru bilas muka . Kesannya , kulit muka jadi lembut tapi jerawat tetap ada. JERAWAT degil kau kan? Akibat aku tak larat jugak pagi - pagi petik pucuk jambu batu sampai tiada lagi pucuk untuk dipetik, aku terus FRUST dan beralih kepada petua lain plak.

4. Debu kulit ketam


Lepas aku bace article dalam buku yang ada tulis pasal "debu kulit ketam boleh menghilangkan jerawat", aku terus tanya mak aku ada tak kulit ketam nak asah pakai kat muka. Yang aku sedikit pelik, bukan setakat kulit ketam ada, dengan debu kulit ketam pun ada kat umah aku. Tak faham betol aku mane ayah aku dapat debu tu. huhu. Aku pun apa lagi, terus me 'masker' kan muka aku dengan debu kulit ketam dicampur air. Tak best pun pakai nie. JERAWAT still tak hilang.

5.  Bawang merah


Aku pun pernah cuba gosok bawang merah kat muka aku. Caranya mudah, korang kerat bawang merah yang bahagian tunas 2 ( bukan bahagian akar) n then gosok r kat mana - mana bahagian yang berjerawat tu. Jangan tergosok kat mata sudah t ada yang masuk hospital aku plak yang kena saman. huhu.
Kawan aku cakap dia wat petua ni dan berhasil jugak ( sambil dia tunjuk bahagian jerawat yang semakin kurang kat muka dia ). Tu yang aku teruja nak buat tu. Naseb mak aku jenis memahami. Lau x. " banyak cantik muka hang, p beli bawang sendiri lau nak letak kat mu " !!!.


6.  Debu beras/basuhan pertama air beras


Aku biasa jugak suruh mak aku simpan basuhan pertama air beras tu nak sapu kat muka. " Olrite cyg " , kate mak aku. huhu. Tp cara ni leceh r cikit pasal mak aku selalu j lupa nak simpan basuhan beras 2 kat aku. Sempat mencuba beberapa kali dan terus tak layan dah. Mane- mane wanita yang suke masak nasi tu try r petua nih. SAMBIL BASUH BERAS BASUH R MUKA SKALI. huhu..


7.  Air kelapa


Aku jugak selalu pesan dekat mak aku suruh simpan air kelapa bila dia nak buat santan. Lepas mesin kelapa, seorang Apijol ini pun basuh muka dengan air kelapa, biarkan sampai muka kering. =D



Yang terase nak cuba tu TRY DULU BARU TAHU. Tapi sekarang aku pun dah tak amalkan petua tradisional menghilangkan jerawat ini semua.  Dah pandai pencuci muka pulak sekarang. Memang tak la aku nak pergi asah kulit kayu manis kan? Kalau dah berduit, beli jela pencuci muka yang melambak di pasaran. 


                                          
Kalau korang tanya petua menghilangkan jerawat mana yang paling bagus? Memang aku tak boleh nak bagi jawapan pun sebabnya aku amalkan petua dia atas sekejap-sekejap. Tak istiqomah pun. Macamana jerawat nak hilang kan. Mungkin korang boleh amalkan mana-mana petua di atas secara berterusan untuk menampakkan hasilnya. Semua petua di atas aku cedok dari majalah jugak. Inshaallah berkesan. 



Selamat mencuba! 

8 comments:

  1. Dat's true, sharing is caring. anyway, follow mengfollow pun amalan yang mulia hehehe
    http://notaekstravaganza.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. huhu.... awie omar.. olrite.. follow r HH lagi skali..

    ReplyDelete
  3. ku kalo jerawat kat umah amik pucuk jambu batu campur garam then hancurkan gne lesung batu..letak kat tempat jerawat..

    ReplyDelete
  4. jadi pakai ape yang terbaik ? tade conclusion =.=
    ni bengang ni

    http://copiesstories.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. la,,,,punye panjang cte,,last2 yg mne satu ptua terbaeknyer??

    ReplyDelete
  6. Haha.. kita nie lain2 kulit. so korang kena test semua laaa.. kahkah.. semua elok sebenarnya kot. depends on kulit korang la :p

    tapi skunk dah ada pencuci muka.. xpyh susah2 nak cari kayu manis . haha

    ReplyDelete
  7. hehehe.....I dah malas nak guna petua2 bagai ni hehehe....skrg ni muka I lebih okay after dah stop pakai produk penjagaan muka tau hehehe

    ReplyDelete
  8. BEB ... FOR ME, THIS KIND OF PETUA myb dah x available la dah sekarang. Sbb sekarang dah ada macam-macam produk di pasaran.. Aku amal petua nie pun masa zaman-zaman jahiliah haritu masa x de duit nak pakai produk.. Untuk petua di atas, ada yang berkesan ada yang tidak.. Ada yg ambil masa utk nampk kesan dia.. Aku ambil petua-petua nie pun dari majalah-majalah.. bukan reka sendiri ok... N for sure, aku mmg buat pun semua petua yg aku sebut kat atas tu.. seriously !!! :P

    ReplyDelete