Bengkel Jati Diri (BJD) di Kem Sri Raudah, Gombak

Salam..

Pada 21 - 23 Januari yang lepas aku telah menyertai Bengkel Jati Diri (BJD) anjuran PSSCMUKM di Kem Sri Raudah, Gombak. 



Pendapat Mengenai Kem Sri Raudah,Gombak


Cantik la jugak. Ala-ala perkampungan org asli sikit. Ada sungai yang airnya sejuk gila, Ada pokok-pokok  sekeliling, tempat. Tempat pun agak tersorok dan jauh dari bandar. Buat mereka yang ingin lari dari kesibukan kota, bolehlah jalan-jalan ke Kem Sri Raudah ini okey? Dalam masa 3 hari kat sana, macam-macam pogram ada. LDK, explorace, mandi sungai, dan macam-macam lagi ..



Ni nak mengumpat sikit pasal Kem Sri Raudah. Sorry to say yer pengurus Kem. Saya amat tak berminat dengan facilities yang korang sediakan. Terutama sekali penginapan.. Gatal telinga saya tidur atas tilam empuk korang..



Saya jugak tak pasti air yang dalam kolah besar bilik mandi yang saya mandi tu dah berapa generasi tidak dicuci/ditukar? Dahla sepanjang 3 hari saya kat sana, skali sahaja makanan yang awak sediakan saya boleh habiskan. Itupun dengan penuh paksaan. Tapi saya masih boleh berfikiran positif. Mungkin saya tak berselera nak makan.=P



Mungkin dah memang konsep Kem Sri Raudah, Gombak nie ala-ala suasana kampung. Yela dekat kolej kemain boleh tidur lena atas tilam empuk, boleh tidur tanpa gangguan nyamuk, mandi pun kemain seronok lagi sampai berejam kan? Sekali bila di Kem Sri Raudah, semuanya berubah. So, boleh belajar hidup bersederhana. Jangan manja sangat boleh? So, bila di Kem Sri Raudah, korang jangan harap korang boleh tidur lena atas tilam empuk, boleh buang air dalam bilik mandi high class dan seumpamanya. ok?  



Tak ramai pun peserta yg hadir ke BJD di Kem Sri Raudhah pada kali ini. Lebih kurang 24 orang sahaja. 24 orang pun dah riuh rendah satu Kem tu tahu. Masing-masing mulut lantang sungguh.
Mesti korang pernah pegi kem jati diri kan?Pengisian Kem kali ini pun lebih kurang camtu la. 



Kisah Lawak Sepanjang di Kem Sri Raudhah,Gombak


1) Aku melakonkan watak serious menggunakan peralatan yang AJK bagi iaitu besen dan tali leher. Korang tahu kan aku nie jenis pemalu + pendiam + susah nak serious lagi. Lagi dia suruh aku lakonkan watak macamtu. Watak sebabak yang amat dahsyat. Tapi rasa puas sebab dapat membuatkan orang ketawa. Korang nak tahu aku berlakon jadi apa? Jadi laki orang LOL. 



2) Seterusnya, lawak juga apabila aku dipaksa meniru suara haiwan. Kami main explorace. Sampai kat check point ke 3 kami diminta melakonkan watak dilamar tapi dalam versi binatang. Aku sorang sahaja budak lelaki dalam group. Semestinya aku melakonkan watak aku dilamar oleh ahli-ahli group aku yang perempuan-perempuan semuany. Malu seyh.. Macam-macam bunyi aku buat. Bunyi katak panggil hujan, kambing gatal, kucing kurang kasih sayang, anjing menyalak, lembu jantan yang miang.. yang AJK nie siap gelakkan kitorang. jahat tau. Tapi takpelah.  sebab rase puas gak dapat membuatkan korang ketawa. ketawa la lagi. -.-



3) Seterusnya lagi. kami dibahagikan kepada 4 kumpulan yang dinamakan dengan nama haiwan iaitu Ayam, Itik, kambing dan Tenuk. Kumpulan aku kumpulan Ayam. Masing-masing dikehendaki membuat cheers kumpulan. Cheers kumpulan aku ialah ayam pencen. Namun telah ditukar menjadi 'ayam hebat' kerana nama ' ayam pencen' tersebut  dikatakan mengandungi element yang buruk dan membawa sial kepada kumpulan. Buktinya kami selalu kalah dalam sesuatu permainan.. huhu.. ( haha.. jahat betul alasan memang tak boleh blah)


4) Lagi lawak apabila kami kumpulan Ayam telah di make up dengan air lumpur weyh... korang kejam. Habes muka aku jadi licin dan cantik dek di make up dengan lumpur 2. Kami kene make up pun sebab kami  kalah dalam explorace, Apapun terima kasih buat AJK semua sebab telah make up muke kami cantik sangat nie.. Weh korang ingat aku x malu la nie? (haha)



5) Sebenarnyer banyak lagi nie kisah-kisah lawak kat sana. Antara kisah lawak laen kisah Mek Da ngan nasik goreng budu dia, Fazri ngan loghat pekat Ganu dia siap dengan sajak Ganu dia. Kisah mase main sukaneka ngan kumpulan Ayam pun kelakar nak arwah. 



* Buat kumpulan AYAM terima kasih kerana sepanjang BJD di Kem Sri Raudhah ini  korang telah memberikan kerjasama yang sangat baik .Walaupun kita kalah dalam BJD tapi ini x bermakna kita KALAH untuk semua bidang ok. Buktinya sesama permainan night walking k ape tah yang maen tutup mate tu kitorang merupakan peserta pertama yang sampai ke garisan penamat. Maaf dipinta sekiranya aku telah terkasar bahasa, terlanjur bicara, dan seumpamanya sepanjang BJD ini. kenangan ngan korang tidak akan aku lupakan. \0/



malam kebudayaan yang bertukar menjadi malam berpantun.. ngeh3..~


ha.. cube cari mane 1 aku?? 



background yang cantek... 


penat okey.. sesi bergamabr sebelum pulang



akulah pendekar kundur..
mak ai lentik nyer tangan Nik..


Sebenarnye banyak gila gambar yang diorang snap sepanjang beraktiviti di Kem Sri Raudah Gombak nie. Tapi atas sebab-sebab tertentu gambar-gambar tersebut tidak dapat lagi diupload. Padahal aku malas sebenarnya nak upload gambar banyak-banyak berat lah nanti blog aku wahaha. =p 
1 Komen untuk "Bengkel Jati Diri (BJD) di Kem Sri Raudah, Gombak"

Dulu memang best..... tapi 3 hr 2 mlm sek kami tak seronok langsung..... sedihnya...

Back To Top